Khamis 1 Nov 2012-Satu Majlis Makan Malam Tahunan telah diadakan di Hotel Ria Kudat bermula jam 7.00 malam yang turut dihadiri oleh para guru,staf sekolah dan ahli lembaga sekolah.Dalam majlis itu juga pihak sekolah meraikan staf sekolah Puan Jainah Miring yang akan berpindah dan bertugas ke SK Barambangon Kudat.Acara dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh Pengetua dan wakil Komiti Sekolah.Seterusnya jamuan makan malam bermula diselangi dengan nyanyian lagu oleh para guru.Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dimana semua hadirin diberi cenderakenangan sempena majlis makan malam kali ini.Pihak kelab Mystaff mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan