Jumaat, November 02, 2012

Majlis Penyerahan Buku Rekod

Jumaat-2 November 2012: Satu Majlis Penyerahan Buku Rekod kepada semua ibubapa telah diadakan di kelas anak masing-masing bermula jam 7.30 pagi.Semua pelajar telah hadir untuk mendapatkan keputusan peperiksaan akhir tahun masing-masing.Hari itu juga adalah hari terakhir para pelajar hadir ke sekolah untuk sesi 2012 sebelum bermulanya peperiksaan SPM pada minggu berikutnya.

Majlis Makan Malam

Khamis 1 Nov 2012-Satu Majlis Makan Malam Tahunan telah diadakan di Hotel Ria Kudat bermula jam 7.00 malam yang turut dihadiri oleh para guru,staf sekolah dan ahli lembaga sekolah.Dalam majlis itu juga pihak sekolah meraikan staf sekolah Puan Jainah Miring yang akan berpindah dan bertugas ke SK Barambangon Kudat.Acara dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh Pengetua dan wakil Komiti Sekolah.Seterusnya jamuan makan malam bermula diselangi dengan nyanyian lagu oleh para guru.Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dimana semua hadirin diberi cenderakenangan sempena majlis makan malam kali ini.Pihak kelab Mystaff mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.

Sabtu, Oktober 27, 2012

Selamat Hariraya Aidiladha dari Warga Sekolah

Warga pendidik beragama Islam mengucapkan Selamat Hariraya Aidiladha dan maaf zahir batin khususnya kepada semua pelajar dan staf sekolah yang menyambutnya pada hari Jumaat 26 Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1433h.Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah.

Rabu, Oktober 24, 2012

Aktiviti Lepas PMR

Rabu-24 Oktober : Bagi memenuhi aktiviti lepas PMR untuk pelajar tingkatan 3,satu perlawanan persahabatan antara SM Lok Yuk dan SM.St Peter telah diadakan di padang dan dewan SM.St Peter.Antara permainan yang dijalankan ialah perlawanan futsal,bola jaring,bola keranjang dan badminton.Aktiviti ini merupakan acara tahunan sekolah sejak dulu selain dapat mengeratkan silaturrahim antara para pelajar dan guru sekolah tersebut.

Ahad, Oktober 14, 2012

Program Janji Ditepati

Ahad-Seramai 200 pelajar khususnya dari kalangan tingkatan satu,dua dan empat telah mengikuti Program Janji Ditepati yang diadakan di Komplek Sukan Kudat bermula pukul 7.00 hingga 1.00pm sempena lawatan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak ke Kudat.Para guru juga tidak ketinggalan untuk sama-sama mengiringi para pelajar ke program tersebut.

Khamis, Oktober 11, 2012

Program Latihan Dalam Perkhidmatan

Satu Program Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan oleh pihak sekolah selama 5 hari iaitu  bermula pada 9-16 Oktober 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat.Antara slot program tersebut adalah berkaitan dengan sistem aplikasi dalam talian,pengurusan 5P,tatacara pengurusan aset alih kerajaan,penilaian berasaskan sekolah,book review,pelan strategik dan bengkel.Semua staf dan AKS sekolah terlibat dalam program tersebut yang disampaikan oleh pihak pentadbir dan para guru.

Ahad, Oktober 07, 2012

Guru-Guru Pelatih


Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru pelatih yang telah berkhidmat di sekolah ini sejak dari bulan Februari hingga September.Semoga jasa guru-guru terhadap sekolah ini akan sentiasa dikenang.

Selasa, September 25, 2012

Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah



Selasa-Guru-guru tingkatan satu khususnya sedang diberikan taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Setiausaha PBS iaitu Puan Saria Limpot di bilik mesyuarat.PBS merupakan penilaian hasil kerja pelajar oleh guru yang bermula pada tahun ini yang juga akan menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Kelompok sasarannya adalah pelajar tingkatan satu tahun ini.

Khamis, September 13, 2012

Pertandingan Persahabatan Badminton SMLY vs ABRA II

13-9-2012 Khamis : Satu pertandingan persahabatan badminton diadakan antara SMLY MyStaff vs ABRA II yang bertempat di Dewan ABRA II Kudat bermula jam 8-11 malam.Keputusan perlawanan adalah seperti yang dijangkakan iaitu SMLY Mystaff tetap unggul dengan membelasah ABRA II dengan keputusan 4-0.Syabas kepada para pemain MyStaff yang terdiri daripada En.Khalid,En.Matius,En Adlen,EnShahriman,En.Daniel,En.Haszaidi dan Puan Rosimah.Ini kalilah !

Jom Masuk U


9-9-2012 Sabtu-Para pelajar sekolah ini telah dibekalkan dengan topi untuk menghadiri satu "Program Jom Masuk U " yang diadakan di Kompleks Sukan Kudat pada 9-10 September 2012.

Isnin, Jun 11, 2012

Peperiksaan Penggal 1

Para pelajar sekolah sedang menduduki Peperiksaan Penggal 1 yang bermula dari 9-23 Mei 2012.Selamat menduduki dan menjawab peperiksaan !

Ahad, Mei 20, 2012

Pengetua yang baru


21 Mei 2012-Isnin Sekolah ini mengalu-alukan kedatangan seorang pengetua yang baru bertugas di sini iaitu Mr.Yap Kok Yam yang berpindah dari  Sandakan sebelum ini..Beliau menggantikan En.Kushan Keridau yang berpindah dan akan memulakan tugas di SMK Pitas.Selamat Bertugas !

Ahad, Mac 25, 2012

Pembangunan@Bilik Guru


Bilik guru sekolah kini telah mengalami perubahan ketara dengan penambahan bilik mesyuarat dan pembesaran saiz bilik untuk tujuan keselesaan warga guru.Selamat Bertugas!

Rabu, Mac 21, 2012

Pelajar Cemerlang SPM 2011:Ellfira Fanira Rusileh telah mendapat 10A dan Vianica Jimal mendapat 9A adalah antara pelajar yang berjaya mendapat keputusan SPM 2011 dengan cemerlang.Sekalung tahniah diucapkan dari warga SM Lok Yuk Kudat.

Ahad, Mac 04, 2012

Perubahan Jawatan

4 Mac-Pengetua En Kushan Keridau telah berpindah ke SMK Pingan-Pingan,Pita,Kota Marudu.Sementara Cikgu Sukor berpindah ke SMK Sungai Damit,Tuaran,KK.Cikgu Kamarulan Mohamad telah berpindah ke SMK Lok Yuk Likas,KK dan Cikgu Neckoles Lorin telah berpindah ke SMK Bandau,Kota Marudu.Selamat bertugas ke tempat baru.