Isnin, Ogos 25, 2014

Anugerah Cendekia Bitara


28 OGOS 2014 Khamis : Majlis Anugerah Cendekia Bitara 2014 telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Komiti Sekolah Mr.Sen Kim Fuh.Acara bermula dengan bacaan doa oleh Ust Mawardi dan disusuli dengan acara penyampaian anugerah kecemerlangan kepada para pelajar,bekas pelajar terbaik dan panitia terbaik.

Khamis, Ogos 21, 2014

Hari Berkabung Nasional

Jumaat 22 Ogos 2014: Seluruh warga sekolah bersiapsedia untuk melakukan tafakkur selama seminit untuk memperingati mangsa kapalterbang MH17 yang terhempas di sempadan Rusia Ukraine pada bulan Jun lalu seiring dengan Hari Berkabung Nasional.
Al-Fatihah !

Rabu, Ogos 20, 2014

Percubaan PT3

21 Ogos 2014 : Peperiksaan Percubaan PT3 bermula hari ini.Semua pelajar tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan tersebut selama seminggu di dewan peperiksaan sekolah.

Ahad, Ogos 17, 2014

Anugerah Cendekia Bitara

Majlis Anugerah Cendekia Bitara akan berlangsung pada 28 Ogos 2014 dan disusuli dgn Majlis Merdeka Raya pada keesokkan harinya.Persiapan sedang rancak berjalan dengan kerjasama antara para guru dan pelajar sekolah.