Sabtu, Oktober 27, 2012

Selamat Hariraya Aidiladha dari Warga Sekolah

Warga pendidik beragama Islam mengucapkan Selamat Hariraya Aidiladha dan maaf zahir batin khususnya kepada semua pelajar dan staf sekolah yang menyambutnya pada hari Jumaat 26 Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1433h.Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah.

Rabu, Oktober 24, 2012

Aktiviti Lepas PMR

Rabu-24 Oktober : Bagi memenuhi aktiviti lepas PMR untuk pelajar tingkatan 3,satu perlawanan persahabatan antara SM Lok Yuk dan SM.St Peter telah diadakan di padang dan dewan SM.St Peter.Antara permainan yang dijalankan ialah perlawanan futsal,bola jaring,bola keranjang dan badminton.Aktiviti ini merupakan acara tahunan sekolah sejak dulu selain dapat mengeratkan silaturrahim antara para pelajar dan guru sekolah tersebut.

Ahad, Oktober 14, 2012

Program Janji Ditepati

Ahad-Seramai 200 pelajar khususnya dari kalangan tingkatan satu,dua dan empat telah mengikuti Program Janji Ditepati yang diadakan di Komplek Sukan Kudat bermula pukul 7.00 hingga 1.00pm sempena lawatan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak ke Kudat.Para guru juga tidak ketinggalan untuk sama-sama mengiringi para pelajar ke program tersebut.

Khamis, Oktober 11, 2012

Program Latihan Dalam Perkhidmatan

Satu Program Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan oleh pihak sekolah selama 5 hari iaitu  bermula pada 9-16 Oktober 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat.Antara slot program tersebut adalah berkaitan dengan sistem aplikasi dalam talian,pengurusan 5P,tatacara pengurusan aset alih kerajaan,penilaian berasaskan sekolah,book review,pelan strategik dan bengkel.Semua staf dan AKS sekolah terlibat dalam program tersebut yang disampaikan oleh pihak pentadbir dan para guru.

Ahad, Oktober 07, 2012

Guru-Guru Pelatih


Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru pelatih yang telah berkhidmat di sekolah ini sejak dari bulan Februari hingga September.Semoga jasa guru-guru terhadap sekolah ini akan sentiasa dikenang.