Selasa, September 25, 2012

Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah



Selasa-Guru-guru tingkatan satu khususnya sedang diberikan taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Setiausaha PBS iaitu Puan Saria Limpot di bilik mesyuarat.PBS merupakan penilaian hasil kerja pelajar oleh guru yang bermula pada tahun ini yang juga akan menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Kelompok sasarannya adalah pelajar tingkatan satu tahun ini.

Khamis, September 13, 2012

Pertandingan Persahabatan Badminton SMLY vs ABRA II

13-9-2012 Khamis : Satu pertandingan persahabatan badminton diadakan antara SMLY MyStaff vs ABRA II yang bertempat di Dewan ABRA II Kudat bermula jam 8-11 malam.Keputusan perlawanan adalah seperti yang dijangkakan iaitu SMLY Mystaff tetap unggul dengan membelasah ABRA II dengan keputusan 4-0.Syabas kepada para pemain MyStaff yang terdiri daripada En.Khalid,En.Matius,En Adlen,EnShahriman,En.Daniel,En.Haszaidi dan Puan Rosimah.Ini kalilah !

Jom Masuk U


9-9-2012 Sabtu-Para pelajar sekolah ini telah dibekalkan dengan topi untuk menghadiri satu "Program Jom Masuk U " yang diadakan di Kompleks Sukan Kudat pada 9-10 September 2012.