Isnin, Oktober 31, 2011

Ceramah Kelapa Sawit




1 Nov 2011-11.30am Harina Consultancy Services dari Kota Kinabalu telah mengadakan sesi ceramah berkaitan kelapa sawit kepada pelajar tingkataan 3,4 dan 5 dengan memberi pendedahan berkenaan produk dan peluang kerjaya dalam industri kelapa sawit.

Khemah Membaca 1Malaysia(KM1M) & 'Read 2011'




1 Nov 2011-Program Khemah Membaca KM1M telah diadakan dalam kalangan pelajar tingkatan 3 bertujuan menggalakkan tabiat membaca disamping memupuk nilai cintakan ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.Para pelajar disuruh membaca 20 buah buku dan perlu menjawab soalan kuiz yang disediakan oleh guru pembimbing.Selamat Membaca!



Selasa, Oktober 25, 2011

Aktiviti Pelajar Lepas PMR


Perlawanan Badminton Di Dewan SM St.Peter.

Perlawanan Bola Jaring


Pertandingan futsal

25 Oktober 2011-Perlawanan persahabatan antara SM Lok Yuk vs SM ST.Peter telah diadakan bagi mengisi kelapangan masa para pelajar lepasan PMR.Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan futsal,bola keranjang,bola jaring dan badminton.

Isnin, Oktober 10, 2011

Pembesaran Bilik Guru




















Proses membesarkan bilik guru dan bilik mesyuarat sedang giat dijalankan dan dijangka dapat digunakan sepenuhnya sebelum hujung penggal persekolahan bagi menempatkan seramai 45 orang guru.

Khamis, Oktober 06, 2011

Peperiksaan Menengah Rendah PMR 2011




















Seramai 120 calon sekolah sedang menduduki PMR yg bermula pada 4-11 Oktober 2011.Selamat berjaya !

Jumaat, September 16, 2011

Perubahan Jawatan Pentadbiran Sekolah


Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas ditempat baru kepada Cikgu Kamarulan Muhamad(PK Kokum) yang berpindah dan mula bertugas di SMK LokYuk Likas pada awal September.Cikgu Matius Alok akan mengambil alih tugas PK Kokum baru menggantikan tempat Cikgu Kamarulan.Selamat bertugas!

Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah

Khamis-Perayaan Aidilfitri 1432H telah disambut dengan meriah di dewan terbuka sekolah dengan acara bersalaman dan bermaafan antara pelajar dan guru serta pengagihan kuih hariraya kepada semua pelajar.Selamat Hariraya Maaf zahir & batin!

Ahad, Julai 17, 2011

Pengagihan Laptop 1Malaysia
















Sabtu-Dewan SMK Abd Rahim Kudat II:Seramai 143 pelajar sekolah ini telah mendapat sumbangan laptop dari pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia dengan kerjasama Parlimen Kudat.Pengagihan laptop telah disempurnakan oleh YB Abd Rahim Bakri selaku wakil parlimen Kudat pada jam 2 petang dengan kehadiran seramai 1500 pelajar dari seluruh daerah Kudat yang layak menerima pengagihan laptop fasa 2 tersebut.

Selasa, Mei 10, 2011

Minggu Peperiksaan Semester 1 / 2011




Para pelajar sedang menduduki Peperiksaan Semester Pertama 2011 yang bermula pada 9-20 Mei 2011.Selamat berjaya !

Perubahan Guru

Selamat Datang kepada Cikgu Rosimah yang baru bertugas di sekolah ini bermula awal bulan Mac 2011 dan akan memegang jawatan sebagai Ketua Bidang Kemanusiaan.Juga diucapkan selamat bertugas ditempat baru kepada Cikgu Aina Syafiqah Abdullah yang berpindah ke SMK St.Peter Kudat yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Bidang Sains & Matematik dan tempat beliau diganti dengan Cikgu Shariman Mohamad bermula pada bulan April.Selamat Bertugas !

Isnin, Mac 28, 2011

Keputusan SPM 2010


Tai Fui Ling

Pelajar Terbaik SPM 2010

9A (3A+,2A,4A-,1B,1C+,1C : PNG 3.48)


Keputusan Sekolah : Layak mendapat sijil 96.77%

Gred Purata Sekolah(GPS) : 5.69

Rabu, Mac 16, 2011

Astaka Ranap



13 Mac 2011 Sabtu- Astaka sekolah roboh dan tertanggal atap serta beberapa batang tiang patah akibat bencana alam dipercayai ribut/buting beliung yang berlaku hampir 30 minit pada malam minggu lalu.

Rabu, Februari 16, 2011

Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina


Pengerusi Komiti Sekolah merasmikan Perayaan SM Lok Yuk
100 tahun dengan memukul gendang.

Persembahana Tarian Naga sempena Sambutan Tahun Baru Cina.




Ahad, Januari 16, 2011

Pertukaran Jawatan

Cikgu Matius Alok telah dilantik dengan rasminya sebagai guru PK HEM yang baru berkuatkuasa pada awal tahun 2011 menggantikan Cikgu Sharif Azad yang telah berpindah ke SMK Abd Rahim Kudat.Sementara itu Cikgu Ivy Johnson akan berpindah ke sekolah baru di Kota Kinabalu pada minggu depan.Diucapkan selamat bertugas di tempat baru.Sekolah ini juga sedang menunggu kehadiran seorang guru bahasa Inggeris baru iaitu Cikgu Rasimah yang sedang bercuti bersalin dan akan mula bertugas pada bulan Februari nanti.Selamat bertugas juga kepada Cikgu Daniel dari Sarawak dan Cikgu Glorie Kiki Apat yang mula bertukar ke sekolah ini awal tahun baru sesi persekolahan pada tahun ini.

Isnin, Januari 03, 2011

Pertukaran Guru

Selamat bertugas ditempat baru kepada Cikgu Sh.Azad Sh.Atar (PK HEM) yang akan mula bertugas di Sekolah Menengah Abdul Rahim Kudat sebagai PK 1 .Juga diucapkan selamat datang kepada 2 orang guru baru iaitu Cikgu Glory dan Cikgu Daniel yang akan mula bertugas di sekolah ini.Selamat tahun baru dan selamat bertugas !