Sabtu, November 14, 2009

Bon Voyages


SMLY-3 orang guru sekolah ini akan berpindah dan bertugas di tempat baru bermula tahun hadapan.Cikgu Chew Wai Keng akan bertugas di Perak,Cikgu Adilla Ab Ghani pula akan ke negeri Sarawak dan Cikgu Low Sau Ming akan bertugas di SM Ayer Keroh,Melaka.Selamat Bertugas !



Khamis, November 05, 2009

Annual Dinner 2009

Kelab Golf Kudat-5 Nov 2009(Khamis): Majlis Makan Malam Tahunan Sekolah telah di adakan di sini dengan dihadiri oleh semua kakitangan sekolah dan ahli lembaga sekolah.Turut diundang ialah bekas guru-guru SM Lok Yuk dan juga beberapa orang pelajar yang membuat persembahan.Selamat menjamu selera !

Isnin, Oktober 26, 2009

Pencabar Di Kejohanan Badminton Tertutup Sabah



SMLY- 4 orang wakil guru SM Lok Yuk yang berani menyahut dan membawa cabaran di Kejohanan Badminton tertutup Sabah akan berentap dengan regu-regu terbaik dari seluruh Sabah yang bermula pada 30 Oktober-1 November 2009 bertempat di Dewan Tun Mustapha.Diucapkan selamat berjuang kepada Cikgu Mohd Khalid Abd Karim,Cikgu Matius Alok,Cikgu Shahriman dan Cikgu Mohamed Adlen. Kepada warga sekolah diharap dapat datang memberi sokongan kepada para wira sejati ini.Lok Yuk Boleh !

Selasa, Oktober 20, 2009

Setinggi Penghargaan Atas Dedikasi Guru

Bilik Guru SMLY-Guru kelas sangat komited mengemaskini Sistem Maklumat Murid (SMM).Syabas Guru-Guru Ku !

Selasa, Oktober 06, 2009

Selamat Menduduki PMR


SM Lok Yuk-Seramai 121 calon PMR sekolah SMLY akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah pada tahun ini bermula 7 Oktober -13 Oktober 2009.Semoga berjaya !

Taklimat Calon PMR






Sabtu, September 26, 2009

Belasungkawa Allahyarham Cikgu Syaharyzan


Kg Air,Kudat : Isnin 2 Syawal bersamaan 22 September 2009,warga sekolah dikejutkan dengan kematian Cikgu Syahryzan M.Said yang diserang sakit jantung dirumahnya di Kg.Air jam 2 pagi.Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama dengan orang soleh.Amin.Al-Fatihah.

Khamis, Ogos 20, 2009

Ceramah Motivasi & Kerjaya




Dewan Terbuka SM Lok Yuk-20 Ogos:Satu sesi ceramah motivasi dan kerjaya telah diadakan disini yang dihadiri oleh para pelajar tingkatan 3 dan 5.Selamat mendengar ceramah!

Sabtu, Julai 25, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan




Sabtu-25 Julai: Hotel Ria Kudat menjadi tempat LDP pada tahun ini untuk staff SM Lok Yuk.Antara aktiviti ialah Ceramah Kajian Tindakan dan mesyuarat staf.Selamat Ber'LDP' !

Khamis, Julai 02, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan


Sabtu-28 Jun:Sekolah telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan dan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang berjaya dalam peperiksaan pertengahan semester 1 dan PMR/SPM tahun lalu.Tahniah!

Jumaat, Jun 19, 2009

Sambutan Hari Koperasi


Dewan SM Lok Yuk,Sabtu-Sambutan Hari Koperasi Peringkat sekolah telah diadakan.Antara aktiviti dijalankan termasuk ceramah dan upacara penanaman pokok sebagai merasmikan sambutan Hari Koperasi tersebut yang disepmurnakan oleh pengetua En Kushan Keridau

Ahad, Mei 17, 2009

Sambutan Hari Guru




Sabtu 16 Mei 2009-Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Terbuka SM Lok Yuk.Pelbagai acara telah diadakan termasuk sukaneka,gerai jualan,persembahan drama serta anugerah guru.Guru Pembina Negara Bangsa !

Selasa, April 28, 2009

Minggu Sains & Matematik



Minggu Sains dan Matematik bermula dari 27 -31 April 2009.Antara aktiviti yang dijalankan termasuk kuiz,teka silangkata ,pameran dan pertandingan membina roket.Semua pelajar terlibat dalam aktiviti yang dijalankan yang dikendalikan oleh guru-guru Sains dan Matematik.

Public Speaking Competition


SM Lok Yuk -Public Speaking Competition diadakan di dewan terbuka peringkat daerah.Pelajar SM Lok Yuk telah berjaya menjadi pemenang yang diwakili oleh adik Siau Thien Chen pelajar Tingkatan 5 Harvard.Tahnniah!

Selasa, Mac 10, 2009

Dalam Kenangan



Selasa- Berita kematian seorang guru SM Lok Yuk,mendiang Cikgu Nimrod Ojilim telah menggemparkan warga sekolah.Beliau dikatakan telah berlanggar dengan sebuah lori yang sedang berhenti di tepi jalan pada malam 10 Mac 2009 dalam keadaan hujan lebat.Mendiang telah merempuh lori terbabit dari belakang menyebabkan kereta yang dipandunya remuk.Seluruh warga SM Lok Yuk mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Ahad, Mac 08, 2009

Sambutan Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul kepada semua warga SM Lok Yuk yang beragama Islam. Semoga kita berakhlak seperti akhlak Nabi Muhamamd S.A.W.Ameen

Ahad, Mac 01, 2009

Tahniah


Pelaja kita Max Anzie ,pelajar 5 Harvard telah memecahkan rekod dalam acara lontar peluru dan lembing untuk muncul sebagai Olahragawan Sukan Tahunan pada tahun ini.Beliau merupakan athlit wakil kebangsaan pada tahun lalu dan akan berjuang untuk ke peringkat yang lebih tinggi.Tahniah dan selamat maju jaya!