Jumaat, Julai 25, 2008
Pertandingan Futsal
Kudat-19 Julai 2008,Sabtu-Pasukan Futsal SM Lok Yuk lelaki dan perempuan telah menyertai pertandingan Futsal Peringkat Daerah Kudat di Komplek Sukan Kudat dimana pasukan lelaki telah berjaya memenangi tempat kedua sementara pasukan perempuan hanya berjaya berada ditempat keempat.Majulah sukan untuk sekolah!
Sabtu, Julai 19, 2008
Perlawanan Bolasepak
SM St Peter ,17 Julai 2008 Khamis-Perlawanan bolasepak persahabatan antara SM Lok Yuk FC VS SM St Peter FC berkesudahan seri 3-3.Namun,SM Lok Yuk FC mendahului 3-1 pada separuh masa pertama.Perlawanan berlanjutan walaupun hujan lebat turun pada separuh masa kedua dimana akhirnya SM St Peter FC berjaya menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir perlawanan.Majulah sukan untuk negara!
Selasa, Julai 15, 2008
Guru Pelatih UMS
Mr.Kevin Kwek Ka Vui/ Ms.Voo Yen Fun
Ms.Lau Lee Chee / Ms.Shua Yee Shion
SM LokYuk,15 Julai 2008-Seramai 4 orang guru pelatih daripada UMS telah datang ke sekolah untuk menjalani latihan perguruan untuk persediaan menjadi seorang guru selama hampir 8 minggu di sini.Antara opsyen mereka ialah Fizik,Kimia dan Biologi.Selamat Datang !
Sabtu, Julai 12, 2008
Majlis Pengiktirafan & Penganugerahan Kecemerlangan
Dewan Terbuka SM LokYuk-12 Julai 2008,Sabtu: Majlis Pengiktirafan dan Penganugerahan Kecemerlangan telah diadakan di sini yang bermula dengan acara pemberian buku rekod pelajar kepada ibubapa.Seterusnya acara perasmian pembukaan diadakan yang dirasmikan oleh wakil daripada Pegawai Pelajaran Gabungan En.Ahmad Maduna.Antara anugerah disampaikan ialah anugerah pelajar cemerlang,pelajar terbaik tingkatan serta anugerah Panitia.Semoga SM LokYuk sentiasa cemerlang!
Jumaat, Julai 11, 2008
Perlawanan Bolasepak Persahabatan
Stadium Kompleks Sukan Kudat-11 Julai Khamis,Pasukan bolasepak SM LokYuk FC VS SMK Abd.Rahim telah berlangsung di padang stadium di sini pada jam 4.30 petang.Perlawanan persahabatan ini berkesudahan SM LokYuk FC membelasah SMK Abd.Rahim FC dengan jaringan besar iaitu 6 gol berbalas 1.Antara penjaring gol ialah Rozlan,Adlen,Teting dan Badrul.Tahniah diucapkan!
Sabtu, Julai 05, 2008
Latihan Dalam Perkhidmatan
Marina Resort-5 Julai 2008,Sabtu-Satu Program Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan bertempat di Marina Resort,Kudat.Program yang julung kali diadakan ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.45 petang.Antara pengisian program adalah seperti Ceramah Undang-Undang Pendidikan yang disampaikan oleh pengetua sendiri En.Kushan Keridau dan di ikuti oleh Ceramah 2 bertajuk Kajian Tindakan yang disampaikan oleh Penolong Kanan En. Jopilin Mongimbal.Pada sebelah petang pula diadakan mesyuarat Kurikulum dan Kokurikulum."Berkhidmat Untuk Negara"
Langgan:
Catatan (Atom)