Selasa, Jun 26, 2007

Profil

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Lok Yuk Kudat telah ditubuhkan pada tahun 1912 
oleh Basel Mission.Di peringkat awal penubuhannya dikenal sebagai 
Sekolah Inggeris Lok Yuk Bt.1 dengan 20 orang pelajar. Mendapat 
bangunan tetap pada tahun 1971 hasil usaha Paderi F. Maier 
dari Switzerland, derma awam dan Tabung Pembangunan Pendidikan
 Negeri Sabah. Pada tahun 2006, sekolah mempunyai 3 blok bangunan
 yang merangkumi 18 bilik darjah, bilik makmal, pusat sumber, bilik 
APD, bilik seni, pejabat Pengetua, pejabat am dan bilik guru. SM Lok 
Yuk Kudat menyambut Ulangtahun ke 93 dan perasmian dewan 
terbuka sendiri pada 10 September 2006. Pada bulan Julai 2011
 yang lalu, sekolah ini telah menyambut Ulangtahun ke 100. 
Tahniah dan sentiasa mengorak langkah ke arah kecemerlangan
 dari semua aspek.

MISI SEKOLAH

1. Memastikan pengurusan dan pentadbiran sekolah sentiasa 
cemerlang.
2. Memastikan semangat dan budaya permuafakatan yang 
padu oleh warga sekolah sentiasa cemerlang.
3. Memastikan sistem pengurusan yang telus, tulus serta
 berkesan.
4. Memastikan pencapaian pelajar dalam akademik, penglibatan
 pelajar dalam sukan dan ko-kurikulum sentiasa mencapai tahap
 yang cemerlang.
5. Memastikan suasana dan persekitaran sekolah yang kondusif
 iaitu sihat, ceria dan selamat.
6. Memastikan proses pengajaran pembelajaran sentiasa berlaku
 dalam setiap program yang dilaksanakan sama ada secara langsung 
mahupun tidak langsung.
7. Memastikan setiap aktiviti dan program yang dilaksanakan
 menjurus ke arah  pencapaian visi.



VISI SEKOLAH

“SM LOK YUK GEMILANG 2017″
Alamat : Sekolah Menengah Lok Yuk,p/s 182,89058,Kudat,Sabah.
Tel:088-611711
Fax:088-622102